Tuesday, June 12, 2012

Jumpa hantu?

Harap maklum bahawa post ini bukan berkenaan cerita seram atau hantu. Kepada sesiapa yang rasa ingin membaca cerita seram yang betul sila google cerita hantu di site lain. Tapi jika anda ingin juga tahu kisah 'Jumpa hantu', sila terukan membaca.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Malam tadi lepak2 di rumah sambil tengok Masterchef Celebrity Malaysia sambil borak2 dengan along & mak.  Mak aku seperti biasa concern dengan aktiviti harian anak2nye tanya lah along macam2 pasal tempat kerja baru. Along aku pun cerita sakan lah pasal environment office baru tu, since along aku kerja kat company mat salleh jadinye diorang takde dress code. Boleh pakai baju biasa, tak payah pakai office wear yang mengarut macam office aku. Kecuali sales2 kat situ atau yang selalu keluar jumpa client sahaja yang kena pakai office wear. Other than that, boleh pakai jeans & shirt hari2 kalau mahu. A/way, along aku tidak lah pakai jeans hari2 tapi ada sorang colleague dia hari2 bantai jeans & shirt.

Masa diorang tengah bercerita pasal pakai baju pergi office ni, aku dalam bilik, jadinye dengar dari dalam bilik.
Kata along, "tak kisah kalau pakai jeans hari2 pun sebab tak de jumpa client pun".
Aku pun keluar dari bilik terus menyampuk, "bagus lah, jadi macam office Ikeen" dan masa aku nak cakap tu aku tengok tv ada keluar iklan pasal cerita hantu lawak kot. Dan terus aku sambung cakap...
"jadi macam office Ikeen ni, takde jumpa hantu pun kena pakai office wear".

Terus along ngan mak buat muka pelik, dan aku terus tersedar. "Eh, bukan jumpa hantu, jumpa client!!!!"
Hahahaha.....aku pun tak tau lah macam mana boleh cakap jumpa hantu, tak padahal aku nak cakap jumpa client. Itulah gara2 nak menyampuk sangat cakap orang, sampai cakap pun main hembus jek.


p/s: agak2 kalau jumpa hantu, boleh tak tanya hantu tu "nak kurus tak? saya tau cara nak kuruskan badan"...
huhuhu...(main2 ye ikeen, jumpa betul kang nanges....)

No comments: