Monday, June 11, 2012

Buncut

Buncut? Apa itu buncut? Bunyi pelik je kan, sini aku cerita sikit salasilah buncut....

Alkisahnye, aku ada sorang kawan Chinese. Pearly namanye, kami kawan kerja satu ofis di City Square. Dia ialah superior aku, dia HOD of Customer Service jadi apa2 aku kena report kat dia. Walaupun dia boss aku, tapi kitorang baik, sebab time kerja memang kena respect her as a boss, tapi bila luar kerja dia memang sporting, perangai pun macam budak2. Kami juga akan keluar lunch sekali, sebab waktu lunch time sama. Jadi setiap kali lunch, memang kami dua orang akan pergi merata area bandar tu untuk cari makan.

Jadinye mana datang "buncut" ni? Imaginary friend kami ke? Oh tidak, "buncut" ialah terms baru bila scenario di bawah terjadi....

Pada suatu hari selepas habis lunch, menuju ke lift untuk masuk office.

Pearly: Malasnye nak kerja...perut pun dah kenyang...

Aku: Hmmm...

Pearly: I makan banyak oh tadi...

Aku: Samalah, I pun makan banyak.

Pearly: Tengok, makan banyak sampai dah buncut...

Aku: Haaa???? Makan banyak sampai apa?

Pearly: Buncut...tengok ni...(sambil tunjuk perut)

Aku: (Tengok perut dia) Buncut ke buncit?

Pearly: Ooohhh, buncit eh..bukan buncut...

Dan kami berdua ketawa macam nak pengsan dengan perut yang kenyang sampai ofis...

Di situlah perkataan buncut tercipta dan sampai sekarang aku akan cakap perut buncut walau dengan sesiapa pun. Bila diorang tak paham, aku cerita lah salasilah buncut.

Jadinye, janganlah kita makan lunch sampai lupa diri sampai perut buncut. Tak cantik nanti orang tengok specially perempuan. Tapi kalau memang dah semula jadi buncut macam aku ni pulak macam mana? (hatiku berkata, cewahh). Ada caranya nak hilangkan perut buncut, salah satu cara yang paling berkesan ialah exercise. Tapi haruslah kita bila dengar exercise terus macam....alaaaaaa....exercise keee....mesti banyak alasan kan, kata takde masa lah, balik kerja dah pukul berapa, sampai rumah dah penat. Weekend pulak selalu nye nak hang out ngan kawan2, yang ada family pulak keluar dengan family. Bila dah keluar dengan family, makan luar perut pulak makin buncut.

Sebenarnye ada cara lain untuk tak bagi perut buncut dan kita tak payah nak tahan2 makan pun. In fact, kita boleh nak makan sampai pengsan dan tak payah risau pasal perut buncut. Ingat tak last entryku pasal FIR? Apa kaitan FIR dengan perut buncut? Boleh kempiskan perut ke? Achaner tu Johan? Kita kena lekatkan FIR tu dekat perut kita ke? Hmmm, nak tahu bagaimana caranye....saya akan explain dengan lebih lanjut dalam next entry...So make sure to come back to check for more updates.

No comments: