Friday, June 1, 2012

Perjalanan

Semua orang ada perjalanan masing-masing
Ada orang perjalanan mereka lurus sahaja
Tanpa ada bengkang bengkok
Tanpa ada halangan
Mereka boleh terus berjalan tanpa ada risau
Mereka boleh sampai ke hujung jalan dengan cepat

Ada pula orang yang perjalanan mereka terlalu berbelit
Terlalu banyak simpangan yang nak kena lalu
Terlalu banyak halangan yang kena tempuh
Terlalu banyak hutan belukar kena redah
Susah untuk orang begini untuk sampai ke penghujung jalan dengan cepat
Kerana mereka terpaksa melalui jalan yang jauh untuk sampai ke situ

Tetapi ada baiknye melalui jalan-jalan yang penuh belukar
Kerana hutan belukar itu lah yang mengajar kita untuk menjadi tabah
Persimpangan yang berbelit itulah yang banyak mengajar kita untuk buat keputusan yang betul

Jadi janganlah sesekali kita mengeluh bila kita terpaksa melalui jalan yang berbelit
Kerana jalan yang berbelit itulah yang banyak memberi kita pengajaran
Ambil semua halangan dan kesusahan itu sebagai satu semangat untuk kita


mode: feeling2 nak menulis ngada-ngada

1 comment:

Aireen Osman said...

semua orang ada tough time and you should be grateful if you experienced the tough one. :) jom lepak